Hari ini ,

Aku pergi ke sekolah dengan perasaan yang bercampur baur . Hati aku tidak tenang . Terasa bagai mahu menduduki peperiksaan PMR . Aku memberikan senyuman palsu setiap kali memandang manusia di sekeliling . Terasa ingin menangis , tapi aku pendam demi menjaga hati kawan kawan aku .

Aku duduk di tepi gelanggang , memerhati teman seperjuangan beriadah . Manakala aku , hanya duduk di tepi gelanggang bersama beberapa orang kawan yang setia menemani aku sepanjang hari . Mereka bercerita , aku mendengar . Tiba tiba ada seorang sahabat aku membuka cerita pasal kisah lama . Hati aku tersentuh .

Aku berkata bahawa aku tiada teman lelaki . Tetapi sahabat aku yang satu itu tidak mengerti , dia beranggapan bahawa aku hanya bergurau . Aku diam , aku tidak berkata apa apa . Lalu aku menundukkan kepala aku . Aku berpeluk tubuh sendiri . Aku diam , aku diam . Setelah sekian lama aku menundukkan kepala aku , aku memerhati teman teman aku . Mereka sedang seronok bermain permainan . Persis kanak kanak . Sungguh riang , aku pula hanya berdiam . Melayan perasaan sendiri yang melayang entah kemana .

Maafkan aku teman , bukan aku tidak mahu mengikuti aktiviti korang . Tetapi aku sibuk melayan perasaan sendiri yang tidak mungkin korang akan faham . Maaf juga kerana tidak menceritakan masalah aku kepada korang . Aku mampu menyelesaikan masalah aku sendiri , :')


Kau kata aku kuat , aku kebal . Mungkinkah ? Assalamualaikum ! :'>