Bila sudah lama tidak menulis,

5 bulan, kita berkasih. Dan, hubungan kita terhenti begitu sahaja... Aku, tahu ini akan berlaku. Mungkin, kita tiada jodoh. Sudah 5 bulan kita mencuba. Tetapi ternyata, kita memang tiada jodoh. Aku sayang kau. Entah kenapa, kau seakan-akan tidak mahu meneruskan hubungan ini. Sudah penat aku menangis disebabkan kau. Sudah penat, aku menjaga hati kau. Sudah penat, aku mempertahankan hubungan kita. 

Mungkin aku bukan jenis yang kau mahukan. Aku tidak sesuai untuk kau. Aku tidak dapat bagi apa yang kau harapkan. Dengan ini, aku minta maaf. Aku harap, kau tidak akan melupakan aku.

Sayang, terima kasih untuk 5 bulan. Mungkin bagi sesetengah orang, 5 bulan itu adalah waktu yang singkat. Tapi tidak bagi aku. 5 bulan? Kita banyak gaduh. Gaduh sebab benda kecik. Kau kata gaduh sebab benda kecik tak matang. Ye, memang tak matang. Aku tahu, kau banyak mengalah sebab aku. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Tapi, cinta itu menyakitkan. Bagi kau cinta itu indah. Buktikan kepada aku yang cinta itu indah. Aku tak pernah merasai yang cinta itu indah. 

Mulai sekarang, aku akan menerima hakikat yang kita tidak lagi bersama. Kau bukan untuk aku, dan aku juga bukan untuk kau. Tetapi kau kena ingat, kau selalu ada di dalam hati aku. Aku akan doakan yang kau akan jumpa perempuan yang lebih layak memiliki kau.




Ashraf, saya akan selalu sayang awak............